Jurujual enggan panjangkan isu, Edi kata dia tak sedar tempat itu non halal


Carlsberg Malaysia meluahkan rasa simpati dan kesalnya terhadap insiden yang berlaku kepada jurujual wanita di sebuah pasar raya di Ampang, baru-baru ini. 

"Ingin kami tekankan, aktiviti pensampelan kami hanya untuk bukan Islam dengan umur yang sah untuk membeli sahaja. Keutamaan kami adalah keselamatan jurujual kami. Kami menghormati keputusannya untuk tidak memanjangkan perkara ini. 

"Beliau menghargai kata semangat dan sokongan yang diterima daripada semua pihak serta turut meminta hak privasinya dihormati," kata kenyataan Carlsberg. 

Sementara itu ketika dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng semalam, Edi Rejang atau nama sebenar Mohamad Edi Riyars, membuat permohonan maaf dan menjelaskan mengapa dia bertindak sedemikian. 

"Saya lihat wanita itu mempromosi (minuman keras). Saya tak sedar tempat itu (bahagian tidak halal). Saya marah, keluarkan telefon dan terus rakam video. 

"Saya tidak rasis, anak-anak saya (dihantar) ke sekolah Cina dan saya berkawan dengan orang Cina," katanya. 


BERITA BERKAITAN:


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.