Mat Bangla kurung dan liwat budak 11 tahun dalam stor
Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan kerana disyaki meliwat kanak-kanak berusia 11 tahun di stor berhampiran gerai makanan, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada jam 2 pagi semalam selepas bapa mangsa membuat laporan polis.
Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, jam 11.30 malam, mangsa datang ke stor itu untuk mengambil telefon bimbitnya yang sedang dicas.
Namun, suspek yang bekerja sebagai pekerja kontrak di gerai makan di Jalan 223, Petaling Jaya itu tiba-tiba datang llalu mengurung mangsa dan meliwatnya beberapa kali.
"Selepas kejadian itu, mangsa kemudian mengadu perbuatan jijik suspek kepada bapanya yang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
"Mangsa juga mengadu kepada bapanya bahawa suspek sebelum ini juga pernah cuba meliwatnya dan turut menawarkan wang RM150 sebagai habuan jika melayan perbuatan jijiknya itu," katanya.
Suspek ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Mangsa akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk melakukan pemeriksaan perubatan.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment