Doa dan hulurkan sumbangan untuk Daniel Arif


Seorang lelaki nyaris maut selepas kakinya 'ditelan' mesin pengisar sampah, ketika dia sedang cuba mengorek sampah yang melekat di mesin tersebut bagi membolehkan ia beroperasi semula. 

Dalam kejadian pada petang Isnin lalu di sebuah kilang yang terletak di Samseong, Seoul, Korea Selatan itu, mangsa, Daniel Arif Ahmad Fuad, 21, hampir hilang separuh anggota badannya. 

Mangsa yang baru dua bulan bekerja di negara itu dilaporkan dalam keadaan kritikal dan diberikan ubat tidur oleh pihak Hospital Suwon Ajudae dan Daniel perlu menjalani pembedahan kedua untuk memotong pangkal pahanya akibat jangkitan kuman. 

Bapa mangsa, Ahmad Fuad Yun, 52, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan anaknya mengenai kejadian itu. 


"Saya memang ada halang dia nak ke sana dulu (bekerja). Sedih tu, sesiapa pun akan sedih. Tapi kita sebagai orang Islam, kita terima qada dan qadar Allah," katanya. 

Sementara itu, rakan mangsa, Shahir, 25, menceritakan semula kejadian itu kira-kira pada jam 3 petang, mesin pengisar sampah itu tersangkut menyebabkan Daniel terpaksa mengorek sampah yang melekat di bahagian pengisar itu. 

"Ketika kejadian, mesin sudah ditutup dan Daniel Arif diarahkan mengorek sampah dari dalam, manakala pekerja lain sedangb erusaha memperbaikinya. 


"Namun tidak tahu bagaimana selepas sejam lebih, mesin berkenaan 'berjalan' sendiri walaupun sudah ditutup menggunakan alat kawalan jauh menyebabkan separuh badan Daniel dikisar dari paha hingga ke kaki. 

"Menyedari kejadian itu, penyelia kilang terus berlari dan menekan suis kecemasan untuk menghentikan mesin berkenaan sebelum menghubungi ambulan. 

"Selepas ambulan tiba, bomba dan pihak hospital terpaksam engambil masa lebih dua jam untuk memotong kaki Daniel sebelum dia berjaya dikeluarkan dan ketika itu dia berada dalam keadaan separa sedar," katanya. 


Difahamkan, mereka tidak mengetahui jumlah bil perubatan yang bakal dikenakan oleh pihak hospital. 

Ibu bapa Daniel juga dijangka akan tiba di negara itu pada untuk menandatangani borang izin pembedahan. 

Justeru, Shahir berharap rakyat Malaysia dapat memberi sumbangan untuk meringankan beban Daniel dan keluarganya dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 157090003447 atas nama ibu Daniel, Zainah Mohamad. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.