16,000 penjawat awam bakal dibuang kerja? Ini penjelasan penuh JPA


Media tempatan melaporkan, seramai 16,000 penjawat awam dijangka akan kehilangan pekerjaan mereka selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kawalan saiz perkhidmatan awam. 

Menurut media berkenaan, keputusan itu selaras dengan dasar baharu kerajaan bagi mengelakkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan. 

Berdasarkan surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 26 Disember lalu menyatakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bil 10 Tahun pada 27 November telah menegaskan komitmen melaksanakan keputusan itu bermula tahun ini dengan pengurangan sebanyak satu peratus. 


Di media sosial, segelintir netizen mendakwa tindakan melaksanakan keputusan itu membuktikan bahawa DAP mengotakan janji iaitu mengurangkan penjawat awam. 

Bagaimanapun, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh JPA hari ini memberi penjelasan bahawa inisiatif kawalansaiz Perkhidmatan Awam bukanlah perkara baharu, malah ianya telah dimulakan sejak tahun 2015. 

"Ini merupakan kesinambungan daripada usaha merasionalisasikan saiz perkhidmatan awam yang mula diperkenalkan sejak tahun 2008. "

"Perlaksanaan rasionalisasi ini juga hanya melibatkan perjawatan yang tidak diisi dan tidak digunakan bagi tempoh melebihi dua tahun."

"Kaedah bagi perlaksanaan pengurangan perjawatan ini tidak melibatkan penjawat awam sedia ada tetapi melalui pelbagai kaedah lain..."


"Justeru, usaha ini adalah berpaksikan kepada produktiviti dan penggunaan sumber manusia secara cekap dan optimum dalam Perkhidmatan Awam." 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.