(Video) 'Tak serik...'


Sudah pernah berlaku kes kemalangan yang melibatkan golongan kanak-kanak atau remaja yang bermain basikal lajak di jalan raya. Namun, ia tidak membuatkan golongan ini serik dan semakin menjadi-jadi. 

Dalam video viral yang baru dimuat naik Selasa lalu menunjukkan, dua remaja lelaki sedang bermain basikal lajak di jalan raya sambil dirakam oleh dua rakan mereka yang menunggang motosikal. 

Pemandu kereta yang terserempak dengan sekumpulan remaja itu membunyikan hon berkali-kali dipercayai menyuruh mereka berhenti kerana bimbang dengan perbuatan mereka yang boleh membahayakan diri. Tetapi langsung tidak diendahkan, malah remaja itu tetap meneruskan aktiviti mereka. 

"Kepada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab, jangan salahkan orang (jika) terlanggar (anak anda). Salahkan diri sendiri mengapa tidak mengajar anak sendiri dan mengapa membenarkan anak anda buat hal sedemikian," kata David Yong yang memuat naik video itu di Facebook Group Klang Bandar Diraja. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku di jambatan ke Sungai Udang, Kampung Sungai Pinang, Klang. 

Sementara itu, netizen mengecam tindakan sekumpulan remaja terbabit yang sengaja membahayakan nyawa mereka. 

"Bila berlaku kemalangan nanti, orang lain yang dipersalahkan. Padahal anak sendiri yang salah," kata netizen. 

Abang kepada salah seorang remaja dalam video tersebut tampil menjelaskan bahawa sudah puas mereka menegur adiknya yang berusia 14 tahun itu, tetapi lagi mengulangi perbuatannya itu. 

"Salah seorang adik saya. Bukan mak ayah tak mendidik dengan betul. Tahu-tahulah budak tingkatan dua, dah belasah macam mana pun tetap buat. Nak buat macam mana? Dera?" katanya yang menerima teguran netizen dengan hati terbuka. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.