Bapa buat laporan polis anak tak pulang semalaman, pemandu SUV putih dikenal pasti


Seorang bapa membuat laporan kehilangan anak lelakinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah pada jam 5 petang tadi, dipercayai terlibat dalam kemalangan sebuah kenderaan jenis SUV tercampak ke dalam laut, dalam kejadian awal pagi tadi di Jambatan Pulau Pinang. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, lelaki berkenaan membuat laporan bahawa anaknya, Moey Yun Peng, 20, yang juga penuntut kolej swasta, hilang selepas tidak pulang ke rumah semalaman. 

"Dia mendakwa anak lelakinya tidak pulang dan mungkin terbabit dengan kemalangan itu yang menyebabkan sebuah SUV terjunam ke dalam laut. 

"Bapa mangsa juga memberitahu menerima maklumat daripada rakan anaknya bahawa mereka terbabit dalam kemalangan," katanya. 

"Kita sudah merekodkan semua lima keterangan dan rakan mangsa mengaku terbabit dengan kemalangan itu ketika pulang daripada menghadiri parti hari jadi di Georgetown.

"Seorang saksi bebas pula berkongsi rakaman video ‘dashcam’ yang memaparkan insiden berkenaan untuk membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada jam 7 petang tadi dan akan disambung semula pada jam 7 pagi esok. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

BERITA BERKAITAN:


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.