Minta bayaran lebih, janda dibunuh dan dicampak ke dalam sungai
Penemuan mayat seorang wanita berstatus janda, tidak memakai seluar di Pantai Paseban, mengejutkan para penduduk do Lumajang, Indonesia.
Dalam kejadian Jumaat 25 Januari 2019, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap tanpa memakai seluar, dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dicampak.
Hasil siasatan polis mendapati, ada dua suspek yang terlibat termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dan kedua-dua suspek berjaya diberkas.
Ketua Polis Lumajang, Muhammad Arsal Sahban berkata, siasatan pihaknya mendapati, suspek, M. Syafii, 24, telah berjanji untuk berjumpa dengan mangsa untuk mengadakan hubungan seks dengan bayaran 50,000 rupiah (RM14.55), yang mana sebelum ini mereka juga pernah melakukan perbuatan itu.
Suspek kemudian mengajak rakannya (remaja 15 tahun) untuk bertemu dengan mangsa di Kota Lumajang. Setelah berjumpa, Syafi'i membonceng mangsa dengan menggunakan motosikalnya, sementara motosikal mangsa ditunggang oleh rakan suspek, ke kawasan perkuburan di pinggir sungai, Lumajang.
Sebaik saja tiba di lokasi, suspek telah bersetubuh dengan mangsa. Setelah selesai, berlaku pertengkaran di antara kedua-dua pihak di mana mangsa meminta bayaran lebih dari suspek.
Suspek yang gagal mengawal emosi kemudian memukul kepala mangsa dengan tangan sebelum memukulnya dengan helmet milik mangsa.
Rakan suspek kemudian datang menghampiri mereka berdua, tetapi mangsa sudah dalam keadaan separuh sedar. Dalam keadaan panik, mereka berdua membuang mangsa ke dalam sungai yang mengalir ke Pantai Paseban.
Semasa disoal siasat, kedua-dua suspek menjelaskan mereka tidak pasti sama ada mangsa masih hidup atau tidak ketika dibuang ke dalam sungai.
Namun selepas itu, mereka berdua mengambil beg tangan milik mangsa yang mengandungi barang kemas dan turut melarikan motosikal milik wanita itu lalu dijual di negeri lain.
Suspek turut mengakui bahawa mereka tidak berniat membunuh mangsa. Mereka membuang mayat mangsa kerana panik.
Polis bagaimanapun enggan percaya dan masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar pembunuhan itu.
Muhammad Arsal berkata, "Sayang sekali, salah seorang suspek masih di bawah umur. Ini membuktikan gejala sosial di negara kita semakin teruk," katanya.
Sumber: Gempur News
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment