Lelaki terkejut teman wanitanya jadi pelakon 'filem dewasa'


Seorang lelaki yang menghantar teman wanitanya belajar di Jepun, baru-baru ini mendapati wanita itu menjadi pelakon dalam filem lucah untuk mendapatkan duit poket. Lebih teruk lagi, dia mengetahui perkara itu ketika dia menonton filem lucah bersama dengan rakannya. 

Menurut laporan eBC News, lelaki terbabit mendedahkan perkara tersebut di media sosial China selepas mendapati teman wanitanya yang dikenali sebagai Xiao Nan, telah menjadi pelakon filem dewasa. 

Dalam post tersebut, lelaki itu masih ingat yang dia menangis ketika menghantar teman wanitanya ke Jepun.

Tambahnya, teman wanita dia adalah anak yang baik dan selalu menghubungi ibu bapanya melalui panggilan video. Malah, dia juga akan menghantar gambar dirinya di Jepun kepada teman lelaki agar tidak risau mengenainya. s

Memandangkan kos sara hidup di Jepun lebih tinggi berbanding China, Xiao Nan terpaksa melakukan kerja separuh masa untuk mengurangkan bebanan keluarganya. 

Pada awalnya, Xiao Nan bekerja di kelab malam dengan bayaran 1,000 Yen (RM37) sejam. Sebulan kemudian dia berhenti dan bekerja sebagai peragawati. 

Xiao Nan menyakinkan teman lelakinya bahawa kerja-kerja itu direkomendasikan oleh rakan-rakannya agar lelaki itu tidak bimbang. 

Segalanya berjalan dengan lancar, sehinggalah satu hari apabila rakan serumah lelaki itu mengajaknya menonton filem dewasa yang kemudian terkejut apabila ternampak pelakon wanita itu rupanya teman wanitanya. 

Lelaki berkenaan terus membeli tiket dan terbang ke Tokyo kerana mahu menuntut penjelasan dari Xiao Nan. 

Sebelum itu, dia mahu melihat gambar DVD tersebut bagi memastikan pelakon itu adalah teman wanitanya. Lalu dia pergi ke kedai DVD berhampiran sebaik saja mendarat di Jepun dan memang sah, gambar yang tertera adalah teman wanitanya dengan ayat "bakat baru". 

Lelaki itu membeli beberapa DVD tersebut sebagai bukti dan bertemu dengan Xiao Nan yang kemudian mengakui segala-galanya. 

Tetapi Xiao Nan mempertahankan dirinya dan menjelaskan dia terpaksa melakukan pekerjaan itu kerana gajinya bekerja di kelab malam tidak mencukupi untuk menampung kos yuran sekolah selain pendapatannya sebagai peragawati juga tidak menentu. 

Melalui jurufoto itu, dia diperkenalkan kepada industri filem dewasa. 

Selepas Xiao Nan memberi penjelasan itu, teman lelakinya terkedu. Tidak dapat dipastikan sama ada pasangan itu kembali bersama atau sebaliknya. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.