(Video) Tergamaknya buang anjing di tengah jalan...


Membela haiwan peliharaan biarlah seikhlas hati, bukannya mengikut trend atau bila dah tak suka terus dibuang merata-rata menyebabkan haiwan itu terpaksa merempat di jalanan untuk meneruskan kehidupan.

Viral di media sosial video seekor anjing yang dibuang cuba mengikut tuannya semula tetapi dihalang, meskipun anjing itu mencuba menaiki motosikal pasangan itu berkali-kali. 

Difahamkan, video itu dirakam pada 8 September 2018, kembali viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang terkilan dengan perbuatan pasangan terbabit. 

Cesar A Bedoya yang merakam video itu berkata, kejadian itu berlaku di Madellin, Colombia, di mana dia ternampak pasangan terbabit membuang anjing itu di jalanan dan cuba memecut meninggalkan haiwan itu. 



Namun, keadaan jalan raya yang sesak pada waktu itu menyebabkan mereka tersangkut dan anjing itu cuba kembali kepada mereka. Malangnya, pasangan itu berkali-kali cuba menghalaunya. 

Di media sosial, netizen menyelar sikap pasangan itu yang tergamak membuang anjing itu di tengah jalan raya yang sesak. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.