(Video) Cleaner sekolah maut dilanggar lari


Viral di media sosial video yang menunjukkan seorang wanita dirempuh sebuah kenderaan sehingga melambung ke udara.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi semalam di Persiaran Tujuan, mangsa yang berusia 60 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 14, muat serta-merta di tempat kejadian akibat dirempuh kereta itu yang kemudian melarikan diri. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, sebelum itu, mangsa dan rakan sekerja lelaki, melintas jalan untuk menuju ke tempat kerjanya, SMK USJ14. 

Sebuah kereta yang dipandu laju melalui jalan itu terus merempuh mangsa, manakalan rakannya sempat menyelamatkan diri. 

Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di bahagian belakang kepala dan patah pergelangan kaki kanan. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 



Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan langgar lari itu tampil membantu siasatan. Selain itu, polis turut meminta pengusaha bengkel juga tampil memberi maklumat sekiranya ada pelanggan mereka yang mengalami kerosakan di bahagian bumper kereta. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.