Mazda CX-5 berjaya dinaikkan, kini tunggu laporan bedah siasat


Mazda CX-5 yang terjatuh dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang kelmarin, berjaya dinaikkan jam 5.50 petang tadi. 

Turut kelihatan, mayat mangsa, Moey Yun Peng, 20, yang masih berada di tempat duduk pemandu dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk tindakan selanjutnya. 






Sementara itu, suasana pilu menyelubungi sekitar perkarangan unit forensik hospital itu di mana ahli keluarga serta rakan kepada mendiang Moey tidak dapat menahan sebak. 

Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam kenderaan itu adalah mayat Moey berdasarkan penemuan dompet mangsa yang masih berada di dalam poket seluarnya. 

Keadaan mayat secara luarannya masih sempurna dan pihak polis kini sedang menunggu laporan bedah siasat. 


BERITA BERKAITAN:


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.