(Video) Penceroboh zoo maut digigit singa


Seorang lelaki maut dibaham singa di hadapan dua buah bas yang dipenuhi pengunjung zoo, selepas mangsa menceroboh masuk ke taman safari itu di India. 

Mangsa dilaporkan memanjat tembok 20 kaki itu di Zoo Chhatbir dan masuk ke kandang yang didiami empat ekor singa sebelum diserang haiwan buas itu, Ahad lalu. 

Pengunjung menyaksikan singa yang dikenali sebagai Shilpa menggigit leher mangsa dan seekor lagi singa, Yuvraj, cuba membaham kepalamangsa. 


Dalam video yang mengerikan itu, salah seekor singa itu telah mengheret mangsa di sekeliling kandang. 

Mendengar jeritan mangsa, kakitangan zoo cuba menyelamatkan mangsa dengan membunyikan hon untuk menakukatkan haiwan tersebut. 

Sebaik saja dilepaskan, kakitangan zoo segera mengambil dan menghantar mangsa ke hospital. Namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. 

Difahamkan, singa yang menyerang mangsa itu adalah Singa Asiatik, spesis yang terancam dan juga merupakan daya tarikan utama di zoo tersebut. 

Hanya sekitar 500 ekor yang masih tempat perlindungan Gir di India negara itu. 

Polis masih belum dapat menghubungi keluarga mangsa.

Sumber: Daily Mail


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.