'Percayalah cikgu, saya sanggup berusaha demi kita' - Cikgu left group sekolah, tak tahan hadap pelbagai karenah ibu bapa pelajar
Di zaman ini, golongan guru mewujudkan group WhatsApp sekolah untuk memudahkan sesi berkomunikasi dengan ibu bapa pelajar mengenai kerja sekolah, aktiviti penting di sekolah dan sebagainya.
Namun ada segelintir ibu bapa yang bagaikan tidak tahu adab dan susila, membuatkan guru terpaksa berdepan dengan pelbagai mesej merepek dan pertanyaan yang tidak masuk akal dan contohnya seperti perbualan di bawah ini.
Sepatutnya ibu bapa memahami tujuan penubuhan group WhatsApp sekolah itu. Usah dirumitkan dengan pelbagai persoalan yang tidak masuk akal.
Begitu juga dengan sikap segelintir ibu bapa yang gemar menyalahgunakan group itu untuk menjual produk mereka sendiri. Sedarlah, tidakkah anda malu dengan ahli group yang lain?
Jangan kerana pertuturan atau tindakan yang tidak munasabah itu, anda sendiri yang mendapat malu di kemudian hari atau paling tidak pun dinilai oleh mereka yang lain.
Manfaatkan group WhatsApp sekolah anak, jangan disalahgunakan untuk tujuan peribadi atau dijadikan sebagai tempat membanding bezakan anak masing-masing kononnya lebih baik dari anak orang lain.
Sumber: Bob
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment