Ibu panggang tangan anak tiri sehingga melecur


Polis menahan seorang wanita yang didakwa mendera dan menganiaya anak tirinya yang masih di bawah umur. 

Dalam kejadian yang berlaku di Pesawaran, Lampung, Indonesia pada 20 November 2019 jam 8 malam, suspek, Putri Indah Lestari, 24, mencederakan anak tirinya, Am, 10, sehingga menyebabkan kedua-dua tangan mangsa melecur. 

Putri bertindak demikian kerana sudah tidak tahan dengan perangai anak tirinya itu yang selalu mengadu kesalahannya kepada suami. 

Gagal mengawal kemarahan, suspek memukul mangsa dengan batang penyapu tanpa belas kasihan. Kemudian diseret ke dapur dan membakar kedua-dua tangan anak tirinya itu di atas dapur gas yang sedang menyala.

Meskipun mangsa menjerit kesakitan, suspek enggan peduli dan terus membakar tangan mangsa secara berganti-ganti sehingga melepuh sebelum meninggalkannya dalam keadaan kesakitan yang tidak terkata.

Ketika mangsa memaklumkan tangannya cedera, suspek menyuruh mnagsa merendam kedua-dua tangannya itu dengan air laut. 

Apabila kejadian itu diketahui oleh si suami, lelaki itu tidak dapat menerima lalu menghalau Putri keluar dari rumah sebelum embuat laporan polis.

Difahamkan, Putri telah berkahwin dengan bapa mangsa selama tiga tahun dan dalam tempoh itu dia tidak berjaya menarik hati mangsa sebagai ibu tiri. Mangsa juga selalu mengadu mengenai suspek kepada bapanya menyebabkan suspek dimarahi dan dipukul. 

Dalam soal siasat, Putri mengakui dia kesal dengan perbuatannya dan telah memohon maaf kepada suami. 

"Dia selalu mengadu kepada bapanya, saya tidak tahu dia mengadu apa kerana ada yang memberitahu saya. 

"Kadang-kadang disebabkan itu saya selalu dipukul suami," katanya sambil menangis teresak-esak. 

Putri kini bakal berdepan dengan tindakan undang-undang dan jika disabitkan bersalah, dia boleh dihukum penjara selama 10 tahun.

Sumber: Sosok


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.