(Video) 'Semoga kebaikan awak ni menjadi asbab ke syurga' - Netizen puji usaha 3 pemuda ini selamatkan anjing dalam banjir


Tindakan seorang lelaki menyelamatkan seekor anjing yang berada di tengah banjir dipuji netizen kerana kesanggupannya meredah banjir demi menyelamatkan haiwan itu. 

Menerusi video yang dimuat naik oleh Bojod Azmi semalam di Facebooknya menunjukkan rakannya dengan perlahan-lahan meredah banjir menuju ke sebuah pondok kecil di mana anjing itu ditambat oleh tuannya yang tidak bertanggungjawab. 

Melihat kedatangan lelaki itu, anjing itu bagaikan memberi reaksi bersyukur yang dia akan diselamatkan dari lemas dalam banjir itu. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Johor dan tanpa berlengah lagi, rakan Bojod segera membuka ikatan tali itu dan membawanya ke jalan raya tanpa sebarang masalah. 

"Operasi berjaya menyelamatkan satu nyawa. Dah tahu musim hujan, musim-musim banjir, apa punya bingai tuan punya anjing," tulis Bojod. 


Netizen di media sosial meluahkan rasa bersyukur dan memuji tindakan mulia tiga lelaki berkenaan yang mengambil inisiatif menyelamatkan haiwan tersebut. 


Sumber: Bojod Azmi


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.