(Video) 'Kejar dia bang! Kejar!' - Pemandu Myvi langgar kenderaan orang awam ketika cuba melarikan diri
Menurut sumber, lelaki terbabit dipercayai terbabit dalam kes samun dan dalam usaha melarikan diri dari dikejar orang awam.
Berdasarkan video yang dirakam saksi, kereta yang dipandu suspek tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan oleh kerana terdesak, suspek sanggup menyelit di ruang tengah antara dua lorong dan memaksa kenderaan lain memberi laluan.
Beberapa buah kenderaan orang awam juga dilanggar sehingga kemek dan calar.
Saksi dan beberapa lagi penunggang motosikal lain bertindak mengejarnya sehingga suspek berjaya ditahan.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment