Lagi kes wanita meninggal dunia dalam tidur akibat kesejukan


Seorang wanita berusia 57 tahun ditemui meninggal dunia di rumahnya pada jam 7 pagi 11 Disember lalu.

Dalam kejadian yang berlaku di wilayah Chaiyaphum, utara Thailand, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mangsa meninggal dunia disebabkan kesejukan. 

Ketika polis tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati kipas bilik masih dibuka sepanjang malam dan mangsa hanya memakai singlet serta seluar pendek. 

Difahamkan, cuaca di beberapa bahagian utara Thailand mengalami cuaca sejuk dan wanita itu merupakan mangsa kelima yang meninggal dunia dalam tidur akibat kesejukan. 

Menurut kakak mangsa, dia pada malam kejadian mengambil minuman beralkohol sehingga mabuk, lalu masuk ke bilik untuk tidur. Pada keesokan harinya, dia berasa pelik apabila mangsa tidak keluar dari bilik dan tidak membuat sarapan pagi seperti biasa. 

Apabila dia pergi ke bilik, dia mendapati mangsa sudah kaku dan terus menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan. 

Terdahulu, seorang bapa meninggal dunia selepas memberi selimutnya kepada anak perempuan agar si kecil itu tidak mengalami kesejukan. Namun, lelaki itu meninggal dunia pada keesokkan harinya. 


LAPORAN BERKAITAN


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.