'Nak ke tandas pun terpaksa mengengsot' - Gadis lumpuh akibat gurauan tarik kerusi


Gurauan menarik kerusi ketika rakan mahu duduk sehingga menyebabkan mereka terjatuh selalu dilakukan terutamanya ketika di bangku sekolah. Namun gurauan seperti itu telah menyebabkan seorang pelajar mengalami lumpuh.

Mangsa, Sinta Auliya, 19, lumpuh kira-kira tiga bulan akibat dari perbuatan rakannya di mana ketika kejadian dia berusia 14 tahun.

Kejadian itu berlaku di dalam kelas dan kesan dari perbuatan menyebabkan mangsa tidak dapat berjalan. 

"Kepada yang bertanya, saya cuma lumpuh sementara sahaja. Alhamdulillah. Ketika itu, saya tidak dapat ke mana-mana mahupun berdiri atau berjalan. Jadi, saya terpaksa mengensot jika mahu ke tandas. 

"Selama saya sakit, saya cuma berehat dan mula rasa diri tidak berguna lagi serta hampir berputus asa," kongsinya di Twitter pada 11 Disember 2019. 

Difahamkan, akibat dari gurauan itu, tulang belakangnya retak dan patah. Sinta pada awalnya mengambil inisiatif untuk mendapatkan rawatan tradisional (urut) tetapi ia menyebabkan keadaannya bertambah buruk. 

Akhirnya ibu bapa mangsa mengambil keputusan untuk membawa Sinta ke hospital. Doktor berkata, untuk merawat Sinta mungkin mengambil masa yang agak lama. Oleh kerana mangsa takut menjalani pembedahan, doktor menyarankan Sinta menjalani rawatan fisioterapi. 

Keadaan Sinta semakin teruk, dia tidak dapat berjalan ataupun duduk. Dia perlu menjalani pembedahan untuk merawat tulang belakangnnya yang patah. 

"Tetapi keadaan tulang saya tidak menunjukkan perubahan yang baik. Akhirnya doktor suruh saya jalani pembedahan," katanya. 

Pembedahan yang mengambil masa lima jam (2016) itu berjalan lancar. Walaupun doktor menegaskan tulang belakangnya tidak dapat pulih 100 peratus, Sinta bersyukur dia dapat kembali berjalan semula dan keadaannya masih baik sehingga kini. 

Justeru, Sinta menasihatkan orang ramai tidak melakukan gurauan tarik kerusi agar kejadian yang menimpanya tidak berlaku pada orang lain. 

Sumber: Makassar


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.