Tikus gigit hidung & muka bayi selepas ditinggalkan ibunya tanpa lap kesan susu yang tumpah di muka mangsa


Bayi berusia 3 bulan di China mengalami lebih 100 kesan luka di mukanya selepas hidungnya digigit oleh tikus. 

Lapor Kunming TV, ibu bapa mangsa berkata, selepas mereka meninggalkan mangsa di dalam bilik selepas selesai memberinya minum susu tanpa mengelap hidungnya. 10 minit kemudian mereka terdengar mangsa menangis. 

Ibu bapanya segera masuk ke bilik dan terkejut apabila mendapati muka mangsa dipenuhi darah dan kesan gigitan. Mereka mendapati hidung mangsa digigit sehingga menampakkan bahagian tulang. 

Mangsa segera dikejarkan ke hospital terdekat untuk mendapatkan bantuan. 

Doktor berkata, mangsa mengalami banyak luka dan kecederaan itu akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. 

Memandangkan kecederaan mangsa agak serius dan kekurangan peralatan, bayi itu dipindahkan ke hospital besar untuk mendapatan rawatan.

Doktor terpaksa menjahit luka-luka di muka mangsa dan diberi suntikan rabies. 

Sumber: Asia One


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.