(Video) 2 staff hotel dibelasah tetamu kerana minta bayaran jika mahu tukar bilik
Kejadian yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki datang dan menyerang mangsa sebelum menyerang kakitangan di kaunter.
Berdasarkan sumber, kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Bukit Bintang kira-kira jam 4 pagi.
Difahamkan, insiden itu berlaku apabila kakitangan hotel meminta bayaran dari suspek yang menuntut untuk menukar bilik berikutan bilik mereka kotor dan dipenuhi dengan botol arak. Namun, dua suspek terbabit enggan bekerjasama dan menyerang dua kakitangan hotel itu.
Suspek menampar, menendang dan beberapa kali mencampakkan peralatan di kaunter pada mangsa.
Polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan memburu dua suspek terbabit.
Sumber: World of Buzz, Video Malaysia
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment