'Lelaki OKU cuba terjun dari kereta yang sedang bergerak, pemandu Myvi halang..' - Keterangan dari suspek pula tersebar


Polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa saksi setakat ini hanya memaklumkan pemandu Myvi biru yang videonya viral di media sosial, menolak keluar seorang lelaki OKU dari keretanya. Tetapi tidak mengesahkan dakwaan saksi kononnya suspek menyamun lelaki tua itu. 

Juga tersebar di media sosial, keterangan awal dari pemandu Myvi berkenaan yang menafikan dakwaan tersebut. 

B1 - Pemandu Myvi

KETERANGAN B1

Pada 12 Disember 2019, jam lebih kurang 12 tengah hari, B1 telah pergi ke Bukit Bintang untuk berjumpa dengan seorang lelaki Cina, untuk meminjam duit bagi tujuan balik kampung. 

Sebaik sampai di Bukit Bintang, B1 telah pergi ke sebuah hotel bajet untuk berjumpa dengan XX XXXXX. B1 telah menunggu selama lebih kurang satu jam. B1 kemudian pergi ke kedai 7 Eleven Bukit Bintang dan memeriksa akaun bank di mesin ATM. Setelah mendapati tiada sebarang duit dalam akaun, B1 telah keluar dan berjumpa dengan seorang lelaki India OKU.

Lelaki OKU itu meminta pertolongan dari B1 untuk membawanya ke bank bagi urusan memasukkan duit, untuk tujuan SOCSO. B1 kemudian telah membantu lelaki itu masuk ke dalam keretanya. 

Semasa dalam kereta, B1 mengesyaki lelaki tersebut telah ditipu. Sebaik B1 memberitahu lelaki itu telah ditipu, lelaki itu bertindak cuba keluar daripada kereta yang sedang bergerak. 

B1 kemudiannya telah memberhentikan kereta di tepi jalan sambil menghalang lelaki itu daripada terjun. Dalam masa yang sama, terdapat sebuah motosikal di tepi kereta B1 dan cuba membantu lelaki itu. 

Pada masa itu, lelaki itu menjerit dia disamun. B1 nampak ada beberapa buah motosikal telah berhenti dan cuba memecahkan cermin keretanya. B1 yang panik terus memecut lari dan melanggar kenderaan lain. 

Berdasarkan maklumat keterangan itu juga berkata, polis sedang giat mengesan lelaki OKU tersebut untuk mendapatkan cerita sebenar. Sementara itu suspek akan melakukan ujian urin. Semakan rekod juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. 

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.