'Kau ingat aku tak tau yang kau curang?' - Pengantin lelaki tayang video bakal isterinya curang di majlis perkahwinan
Hajat seorang wanita untuk mendirikan rumah tangga berkecai apabila lelaki yang bakal menjadi suaminya bertindak mendedahkan kecurangan wanita itu di depan khalayak ramai.
Berdasarkan video viral di media sosial, pasangan itu berjalan perlahan menuju ke pentas sambil diperkenalkan oleh pengacara kepada para tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan pasangan itu.
Segalanya berjalan seperti biasa mengikut perancangan dengan pasangan itu terutamanya pengantin perempuan yang kelihatan sungguh menawan.
Sebaik tiba di pentas, seperti kebanyakan majlis perkahwinan, video kenangan indah mereka ditayangkan kepada tetamu.
Tetapi pengantin perempuan itu tidak tahu bahawa bakal suaminya sudah tahu yang dia curang dengan suami kepada kakak kandungnya sendiri.
Malah, lelaki itu berjaya merakam perbuatan curang pengantin perempuan di rumah baru mereka menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangnya di mana wanita itu melakukan hubungan intim dengan suami kakak kandungnya di dalam bilik kelamin mereka.
Malu diaibkan di majlis perkahwinan sendiri, wanita itu membaling flower bouquet ke arah bakal suaminya menyebabkan pasangan itu bertengkar di hadapan tetamu sebelum dileraikan.
Sumber: Kwong Wah Daily, World of Buzz
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment