Berang tak diberi pinjam 3 juta, menantu tikam kemaluan ibu mertua dengan gunting sampai mati
Gara-gara permintaan untuk meminjam wang sebanyak 3,000,000 rupiah (RM880), Totok Dwi Prasetyo, 25, sanggup bertindak membunuh ibu mertuanya, Siti Fadilah, 48, sebelum menyamun hartanya.
Totok mengambil barang perhiasan mangsa di rumah, sejumlah gelang dan cicin emas, telefon bimbit dan kad ATM.
Namun belum sempat berjoli sakan, suspek berjaya ditahan polis di rumah neneknya yang juga tinggal di perkampungan yang sama dengan mangsa di Kecamatan Sukodono, Sidoarjo, Indonesia.
Menurut laporan Tribun News, Totok datang ke rumah mertuanya pada jam 9 malam ketika rumah itu dalam keadaan sepi dan mangsa bersendirian.
Totok kemudian memberitahu hasratnya untuk meminjam wang tetapi mangsa tidak menunaikan hasratnya itu membuatkan Totok berang lalu mencekik mangsa sebelum dibelasah sehingga terkulai layu.
Tidak cukup dengan itu, suspek memukul mangsa dengan menggunakan kapal miniatur yang diperbuat dari seramik. Mangsa diseret ke dapur dan kepalanya dipukul menggunakan tong gas 3 kg.
Lebih kejam lagi, Totok menikam dada, mata, rahang dan kemaluan mangsa dengan gunting.
Setelah puas, Totok sempat membersihkan percikan darah mangsa dan mengambil semua barangan berharga milik serta mengunci pintu rumah dari luar lalu beredar dari tempat kejadian.
Barang-barang bukti yang lain seperti serpihan kapal miniatur juga dibawa dan disembunyikan di rumah keluarganya.
Tidak sampai 24 jam, polis berjaya menahan Totok selepas mayat mangsa ditemui.
Totok mengaku melakukan pembunuhan itu dan kini bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.
Sumber: Tribun News
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment