'Suspek jatuh selepas terlanggar lopak air' - Polis keluarkan 5 saman terhadap remaja 16 tahun


Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah MUhammad Piah mengesahkan remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya dalam video viral baru-baru ini terjatuh kerana terlanggar lopak air, bukannya akibat ditendang anggota polis trafik seperti yang didakwa sesetengah netizen. 

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan, remaja berusia 16 tahun itu yang tidak memakai topi keledar dikejar anggota polis trafik. Suspek enggan berhenti walaupun diminta berbuat demikian dan terus menunggang dalam keadaan berbahaya. 

"Ketika anggota mengekorinya, motosikal remaja terbabit hilang kawalan selepas terlanggar lopak air menyebabkan dia jatuh dan mengalami kecederaan ringan. Namun sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya. 

Suspek kemudian diarahkan menjalani ujian saringan air kencing dan keputusannya adalah negatif. 

Disebabkan tindakannya itu, polis telah mengeluarkan lima saman terhadapnya atas kesalahan menunggang tanpa lesen, tidak memakai topi keledar dan motosikal tanpa nombor pendaftaran. 

Selain itu, saman juga telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan itu kerana membenarkan suspek yang tidak mempunyai lesen menunggang motosikal itu dan tidak mempunyai cermin sisi. 

Photo finish yang menunjukkan polis trafik 'menang'
Justeru, beliau menasihatkan para pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan mematuhi undang-undang serta tidak bertindak di luar kawalan sekiranya bertembung dengan anggota polis yang sedang bertugas. 

"Pengguna tidak perlu takut jika tiada kesalahan yang dibuat dan jangan bertindak melulu untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa sehingga ia boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan pengguna lain," katanya.

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.