'Saya tak boleh nak...' - Ali Puteh terkilan dengan kenyataan kakak iparnya
Ali Puteh mengakui dia terkilan dengan kenyataan kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang muncul dalam video live ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri semalam.
Disebabkan kenyataan kakak iparnya itu, Ali memuat naik status yang tidak sewajarnya. Tetapi dipadamkan semula selepas dinasihatkan oleh beberapa rakan artis dan netizen.
Ali enggan mengulas lanjut mengenai kenyataannya di Instagram, tetapi memaklumkan pihaknya akan mengadakan sidang media untuk memberi penjelasan.
"Saya tak boleh nak komen lebih lanjut mengenai perkara ini. Dalam masa terdekat, saya akan mengadakan sidang media dan sekarang sedang menguruskan beberapa hal berkaitan majlis ini.
"Pihak saya akan menjelaskan satu persatu. Saya takut kalau keluar kenyataan sekarang, ia akan menimbulkan fitnah dan mengeruhkan lagi keadaan. Saya akan jemput semua rakan media untuk membuat liputan. Doakan saya," katanya.
Semalam dalam video live, isteri kepada arwah Abam Bocey berkata, "Perasaan sedih tak tahu nak fikir macam mana. Sekarang fikir untuk anak saja. Nak besarkan dan sekolahkan macam mana.
"Sebelum ini saya bawa kereta, sekarang tak ada. Saya tak tahu sebab belah sana (keluarga arwah suami) yang uruskan. Saya tak berani nak jawab macam mana," katanya.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
- 'Kau sepatutnya minta kebenaran dari keluarga arwah, bukan memandai sampai boleh mendatangkan fitnah' - Ali Puteh
- 'Saya tak faham, saya hanya beri bantuan duit' - Aliff Syukri balas kenyataan Ali Puteh
- (Video) 'Aku cabar kau jumpa aku! Dasar orang kaya ambil kesempatan!!' - Ali Puteh bengang dengan Aliff Syukri interview kakak iparnya & tanya soalan sensitif
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment