Tun Dr Mahathir letak jawatan, JPM akan keluarkan kenyataan rasmi
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dilaporkan akan meletakkan jawatan hari ini, bukannya selepas persidangan APEC pada November 2020, seperti yang dimaklumkannya sebelum ini.
Setakat ini, Jabatan Perdana Menteri ketika ditanya hanya meminta semua pihak menunggu kenyataan media dikeluarkan.
Sementara itu Sinar Harian melaporkan Tun Dr Mahathir telah menghantar surat perletakan jawatan itu kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Peletakan jawatan itu dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertemu dengan Mahathir bersama dengan Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan Dr Wan Azizah berkata, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
"Saya puas hati dengan pendirian dia bahawa prinsip harus kita utamakan. Agenda 'reform' harus diteruskan.
"Semua pihak tidak seharusnya tunduk dengan gerombolan kecil pemimpin yang mahu mengkhianati amanah rakyat dalam pilihan raya lalu," katanya.
Dalam pada itu juga, PKR juga dilaporkan telah memecat Azmin Ali dan Zuraida dan keputusan pemecatan itu akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment