'Tuduhan tidak berasas' - JPM nafi Guan Eng mempengerusikan mesyuarat Tabung Haji


Baru-baru ini viral gambar Menteri Kewangan Lim Guan Eng sedang mempengerusikan satu mesyuarat di kementeriannya. Namun ada beberapa individu yang menyebarkan gambar itu dengan kapsyen yang mengundang fitnah dan kemarahan umat Islam. 

Pengguna Facebook bernama Amy Amieda, Zamri Ariffin, Mohd Najib Budiman, Shafie Ali, Raja Kalo XI dan page Hanya Di Kelate mendakwa Lim Guan Eng sedang mempengerusikan mesyuarat Tabung Haji (TH). 







Namun, tampil seorang individu yang menafikan fitnah itu dan memberi penjelasan sebenar mengenai perkara yang berlaku dalam mesyuarat itu. 

Beliau juga telah membuat laporan polis terhadap individu yang mengambil gambar itu dari Facebooknya dan ditularkan dengan kapsyen yang menimbulkan fitnah dan kebencian. 



Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga mengeluarkan kenyataan penafian dan berkata, tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab itu sengaja dibangkitkan bagi menyebarkan kebencian kaum dan agama di negara ini. 

"Untuk makluman semua, gambar tular itu adalah gambar salah satu sesi kunjung hormat dilakukan Menteri di JPM (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bersama Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pengarah Bahagian Maqasid Syariah JAKIM. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.