'Soal perlantikan Muhyiddin telah dipersetujui Mahathir' - Sumber dakwa Muhyiddin Yassin PM ke-8?


Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamed meletak jawatan sebagai perdana menteri ke-7 menggemparkan banyak pihak. Bukan itu sahaja, malah beliau turut meletak jawatan sebagai Pengerusi BERSATU. 

Persoalannya kini ialah, siapakah yang bakal menjawat jawatan utama itu. Jika sebelum ini, Ahli Parlimen Port Dickson dikatakan sebagai pengganti Mahathir, tetapi dengan pengumuman 11 Ahli Parlimen PKR keluar parti dan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan (PH) dilihat membantutkan hasrat Anwar menjadi Perdana Menteri seterusnya. 

Lebih-lebih lagi semalam, ahli-ahli Parlimen dari parti Bersatu, Umno, Pas, Warisan, GPS dan serpihan PKR bertemu di Hotel Sheraton menguatkan lagi spekulasi pembentukkan kerajaan baharu di bawah Perikatan Nasional. 

Dalam laporan Harian Metro, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada petang ini untuk mendapatkan perkenan mengetuai kerajaan campuran yang bakal dibentuk. 

UMNO juga dilaporkan mencadang dua nama pemimpinnya iaitu Tengku Razaleigh dan Datuk Seri Hishammuddin. 

Menurut sumber yang dipetik Harian Metro, pelantikan Muhyiddin itu telah dipersetujui oleh Mahathir dan beliau sudah pun menghadap YDPA beberapa minggu lalu berhubung perkara itu. 

"Tan Sri akan ke Istana Negara petang ini dan kita doakan semuanya lancar. Insya-Allah perkembangan politik tanah air ini akan selesai tidak lama lagi, mungkin Pakatan atau Perikatan Nasional. Kita tunggulah," katanya.  


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.