(Video) 'Patut dia sumbat troli tu je terus masuk dalam seluar' - Makcik & anak kantoi mencuri di pasar raya


Setiap orang mempunyai masalahnya sendiri terutamanya masalah dari segi kewangan. Tetapi itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk mencuri. Banyak lagi cara lain (yang baik) boleh dilakukan untuk mencari wang. Paling tidak pun, memintalah sekiranya tidak berkemampuan. 

Viral di media sosial baru-baru ini video seorang wanita dan anaknya ditahan oleh pihak pasar raya selepas didapati mencuri banyak barangan premis itu yang dianggarkan berjumlah RM300. 

Lebih mengejutkannya, banyak barangan yang disumbat dalam seluarnya. Perbuatannya ini turut dilakukan bersama dengan anak lelakinya. 

Pihak pasar raya: "RM300 ni. Keluarkan! Keluarkan! Semua barang keluarkan! Wo tengok, walauwei! Jahat betul aa. Tengok, ini Doraemon punya pocket ini. Banyak ini, bukan sikit. Satu troli. Walauwei! Apa lagi barang, semua keluarkan! Memang kalau ini lepas, memang sedap!" 

Makcik: "Saya janji takkan buat lagi" 

Pihak pasar raya:" "Janji, janji apa?!" 

Makcik: "Demi nama Allah saya janji." 

Pihak pasar raya: "Demi apa lagi, sudah biasa..." 

Berdasarkan video itu, barang-barang yang dicuri adalah seperti gel mandian, ubat gigi, tin sardin, tin sotong, deodorant, syampu dan banyak lagi. 



Kebanyakan barangan yang dicuri itu disorokkan di dalam seluar, menimbulkan persoalan netizen apakah jenis seluar yang dipakai oleh wanita itu sehingga mampu menyumbat segala jenis barangan berkenaan. 

Sementara itu di media sosial, netizen menganggap perbuatan wanita terbabit dilihat bukanlah terdesak kerana barangan yang dicuri jelas sekali melebihi keperluan.

Seorang pengguna Twitter tampil menjelaskan, dia pernah membeli barangan yang dijual oleh wanita terbabit yang dijual dengan harga murah. 



Sumber: Dylawok


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.