(Video) Pegawai Komuniti pukul 2 ekor anjing Poodles sampai mati di depan pemiliknya untuk halang penularan wabak koronavirus
Dua ekor anjing malang itu dipukul sehingga mati di sebuah kompleks kediaman selepas pegawai terbabit dan pemilik anjing itu bergaduh.
Difahamkan, pegawai itu cuba menghalang pemilik anjing itu untuk membawa haiwan peliharaannya berjalan-jalan. Tetapi dia tetap berkeras dan mahu membawa anjingnya keluar.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada pagi Ahad 23 Februari 2020. Pegawai itu juga didakwa mengugut mahu membelasah pemilik anjing sekiranya dia tidak memberi kerjasama.
Susulan video itu viral di media sosial, pegawai terbabit akhirnya tampil membuat permohonan maaf di atas tindakannya.
"Saya dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf dan saya akan membayar pampasan kepada pemilik haiwan itu," katanya.
Menurut pegawai itu lagi, penduduk di kawasan itu telah dilarang membawa haiwan peliharaan mereka di sekitar kompleks kerana bimbang dengan penularan wabak koronavirus.
"Dia (pemilik) tidak mahu memberikan kerjasama selepas pihak pengurusan menjelaskan sebab-sebab larangan itu pada dia beberapa kali.
"Kedua-dua pihak tertekan dan saya bertindak keterlaluan sehingga mencetuskan pergaduhan. Sekali lagi saya ingin memohon maaf sangat-sangat," katanya lagi.
Kes itu kini dalam siasatan polis.
Sumber: Daily Mail
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment