(Video) 'Ibu.. bangun bu..' - Anak monyet tak tahu ibunya sudah mati akibat terkena renjatan elektrik


Seekor monyet baka Golden Langur sedaya upaya membangunkan ibunya tanpa mengetahui induknya itu sebenarnya sudah tidak bernyawa akibat terkena renjatan elektrik. 

Haiwan kecil itu berkali-kali cuba membangunkan ibunya yang sudah terkulai di atas tanah pada jam 3 petang, Rabu lalu di hutan Kakoijana di Assam, India. 

Beberapa kali haiwan kecil itu merapatkan kepala pada badan ibunya kerana berasa takut dikelilingi ramai manusia yang menyaksi peristiwa yang menyedihkan itu. 

Apabila menjelang malam, dua lelaki datang mengambil bangkai haiwan itu untuk ditanam di tanah berhampiran. 


Monyet spesis Golden Langur ini dikenali dengan mukanya berwarna hitam dan ekornya yang boleh memanjang sehingga 19 inci. 

Manakala bulunya pula boleh berubah warna mengikut cuaca dan spesis ini tinggal di pokok yanmg tinggi. Spesis ini dijangka hanya tinggal 6,000 ekor di hutan berkenaan. 

Sumber: Daily Mail


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.