'Awak gelar mak saya pelacur, kakak saya jalang & keluarga saya barua, saya takkan maafkan awak!' - Adik Shila Amzah bengang dengan siapa tu?
Adik kepada Shila Amzah, iaitu Syada Amzah, memuat naik tweet yang menarik perhatian netizen apabila dia menegaskan bahawa dia tidak akan memaafkan individu yang pernah menggelar ibu bapa serta kakaknya dengan gelaran biadab.
Tidak diketahui siapa yang dimaksudkan itu tetapi netizen seakan-akan dapat meneka individu yang dimaksudkan.
"Awak gelar mak saya pelacur, kakak saya jalang dan keluarga saya barua. Saya takkan maafkan awak. Ada beza being real dengan memang biadab," ciapnya di Twitter semalam.
Sebelum itu Syada mendedahkan, lelaki berkenaan tidak menyukai ibu bapanya yang bertindak menyelamatkan kakaknya dari menjadi mangsa penderaan fizikal dan mentalnya.
"Awak tak suka ibu bapa saya sebab mereka selamatkan dia daripada penderaan fizikal dan mental awak. Berhenti berkata yang awak okay dengan dia, sudah tentu awak okay sebab awak yang pukul dia and menengking pada saya di tempat awam.
"Tolonglah, jauhkan diri," tulisnya.
Foto Twitter Syada Amzah |
Netizen bagaimanapun memujuk Syada untuk terus bersabar dan faham akan perasaan marah yang dilaluinya apabila keluarga dihina sebegitu rupa.
"Susah nak memaafkan orang yang pernah menghina keluarga kita ni. Lebih-lebih lagi yang memaki hamun dan menghina mak bapak kita. Been there, berubah macam mana pun tetap akan ingat. Sanggup nak sakitkan hati kita dengan berbuat perangai sedemikian," kata Embun.
"Kau benci dia tetapi kau babitkan the whole family. Kau adalah yang terpaling bangkai segala bangkai. Acah-acah real shit but actually kau just piece of shit! I hope family future kau elok-elok la ea. Kalau tak, apa yang kau hamburkan akan berbalik pada kau and even more worst!" kata Tok Anjang yang mempertahankan Syada.
Sumber: Twitter Syada Amzah
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment