Pengawal Keselamatan maut ditembak, rakannya cedera dalam kejadian rompakan bank di Puchong Prima



Seorang pengawal keselamatan dilaporkan maut, manakala rakannya mengalami kecederaan akibat ditembak dalam kejadian rompakan bank di Puchong Prima, hari ini. 


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kedua-dua pengawal keselamatan itu terdahulu sedang mengawal van keselamatan yang membawa sejumlah wang tunai. 


Suspek yang datang terus melepaskan tembakan ke arah kedua-da mangsa sebelum berjaya meloloskan diri. 


Polis sedang menyiasat sama ada mangsa hendak mengambil wang dari bank atau mengeluarkan wang dari van untuk dibawa ke bank berkenaan. 





Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.