Polis Terengganu serahkan siasatan kes Kak Long 7E kepada Polis Selangor



Polis Terengganu mengesahkan pihaknya menerima laporan dari seorang individu yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita yang membuat mimik muka dianggap menghina golongan OKU baru-baru ini. 


Bagaimanapun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya menyerahkan siasatan itu kepada Polis Selangor. 


Ini kerana Polis Selangor telah membuka kertas siasatan terhadap Wan Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E. 


"Polis Selangor sudah melakukan siasatan kes berkenaan, jadi biarlah Polis Selangor yang siasat. Walaupun Terengganu menerima laporan berhubung kes berkenaan, kita tidak mahu ada pertindihan dalam siasatan. Biarlah Polis Selangor yang menerusan siasatan," katanya. 


Walaupun begitu, Mohd Marzukhi memaklumkan pihaknya akan membantu Polis Selangor sekiranya diminta berbuat demikian. 


Terdahulu, Kak Long dikecam netizen kali ketiga kerana memuat naik video yang dianggap menghina golongan OKU dengan melakukan mimik muka seakan OKU. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.