Wanita dakwa dirogol secara berkumpulan di hadapan suami & dua anaknya



Seorang wanita berusia 26 tahun membuat laporan polis etrhadap enam lelaki yang dituduh merogolnya di hadapan suami dan anak-anaknya di Daerah Rajasthan Dholpur. 


Menurut mangsa, suaminya turut dibelasah secara beramai-ramai oleh suspek.


Timbalan Superintendan Vijay Kumar Singh mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen Rogol dan Serangan Fizikal. 


Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama dengan suami serta dua anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah. 


Enam suspek terbabit telah menahan mereka dan mengacukan pistol. Suami mangsa dibelasah, manakala dua suspek bertindak merogol mangsa di hadapan anak-anak pasangan itu. 


Setelah melakukan perbuatan terkutuk itu, kesemua suspek melarikan diri dari lokasi kejadian. 


Sementara itu, Ketua Polis Rajasthan, Dr Satish Poonia berkata, "Rajasthan sekali lagi dimalukan dengan kejadian ini," tulisnya di Twitter.


Sumber: India Today



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.