Israel rancang bawa masuk 200,000 pelarian Ukraine (Yahudi) untuk rampas tanah Palestin



Susulan krisis Rusia - Ukraine semakin buruk, ramai rakyat Ukraine mengambil keputusan untuk melarikan diri. Ini termasuk sejumlah besar pelarian Yahudi (diaspora) menuntut masuk ke Israel untuk mencari perlindungan sementara.. 


Negara Israel yang ditubuhkan secara haram dilaporkan bersedia menerima kemasukan 200,000 pelarian Yahudi berkenaan dan memastikan tiada sebarang birokrasi yang dikenakan terhadap mereka.


Bagi yang berkelayakan, mereka akan ditempatkan di satu lokasi yang lengkap dengan 1,000 kediaman yang dibina di tanah rampasan dari wilayah Palestin.

 

Israel melihat krisis itu sebagai satu peluang yang besar untuk membawa masuk pelarian Yahudi, sekali gus meningkatkan populasi serta menjadi alasan baru untuk memperluaskan tanah rampasan.


Kementerian Imigresen dan Penyerapan Israel turut mengeluarkan kenyataan, "Kami menggesa komuniti Yahudi di Kiev untuk berpindah ke Israel". 


Bagi memastikan rancangan itu berjaya, enam stesen memproses permohonan pelarian Yahudi telah dibuka di Poland, Moldova, Romania dan Hungary. Mereka yang berminat akan diberi layanan istimewa dan penempatan sementara sebelum diterbangkan ke Israel. 


Datuk Bandar Nof Hagalil, Ronen Plot juga sedang membuat persiapan bagi menyambut ketibaan pelarian Yahudi dari Ukraine.  "Saya menyediakan 600 bilik hotel dan 300 aparmen untuk menempatkan mereka," katanya. 


Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Ayelet Shaked berkata, pihaknya sudah bersedia menerima kedatangan pelarian berbangsa Yahudi itu dari Ukraine buat sementara waktu. Bagaimanapun sekiranya krisis di Ukraine tidak berakhir, golongan pelarian Ukraine (Yahudi) akan diberi kebenaran untuk bekerja di Israel.


Sumber: Agensi



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.