Masalah sosial melibatkan golongan remaja di Kelantan semakin meningkat



Polis Kelantan mendedahkan, masalah sosial yang melibatkan golongan remaja di Kelantan semakin meningkat. Sepanjang tahun lalu, seramai 197 orang telah ditahan keraa terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah, sumbang mahram dan kes rogol. 


Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, 100 daripada 197 jumlah tangkapan itu adalah berkaitan dengan kes rogol dan sumbang mahram, meningkat sebanyak 19 peratus berbanding tahun 2020 hanya 84 orang. 


Seramai 97 remaja terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan pihak polis turut merampas pelbagai jenis barang terlarang termasuk pil yaba dan syabu. 


"Gejala sosial remaja di Kelantan berada pada tahap serius dan ini dapat dilihat daripada statistik terkini dimana berlaku peningkatan penglibatan golongan ini khususnya dalam kes-kes rogol dan sumbang mahram," katanya. 


Dalam pada itu juga, Shafien juga menyeru semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan membantu golongan ini terutamanya remaja berusia 10 hingga 18 tahun yang berada dalam fasa perkembangan ke alam dewasa. 


Golongan remaja perlu dibantu agar tidak terjerumus dalam gejala soial dan akhirnya gagal menguruskan kehidupan dengan baik. Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan tonggak dalam menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.