Cabul anak saudara sendiri, isteri nekad tetak kemaluan suami sehingga terputus
Seorang wanita nekad menetak kemaluan suaminya sehingga putus selepas dia menyaksikan lelaki itu mencabul anak saudaranya sendiri, melalui kamera pengintip.
Wanita yang dinamakan sebagai Puan 'N' berasal dari Son La, Vietnam itu terdahulu membeli kamera pengintip secara online dan dipasang di tepi katil kanak-kanak perempuan berkenaan tanpa pengetahuan suami, selepas beberapa kali anak tirinya mengadu mengenai perbuatan bapa saudaranya, Nguyen Van H.
Menurut polis, Van dikatakan melakukan perbuaan keji itu terhadap anak tiri isterinya beberapa kali. Hal itu menyebabkan N membeli kamera pengintip tersebut itu memastikan sama ada dakwaan anak tirinya itu benar atau sebaliknya.
Pada 18 Mac 2022, N memeriksa video rakaman kamera tersebut dan mendapati tingkah laku suaminya terhadap kanak-kanak berkenaan agak 'luar biasa'.
Dalam keterangannya, N memberitahu polis dia membeli sebilah pisau dan menunggu suaminya tidur pada malam 19 Mac untuk membalas dendam. Selepas menetak kemaluan Van, N pergi ke balai polis dan mengakui perbuatannya sebelum ditahan serta-merta.
Polis polis kini sedang menjalankan siasatan, manakala paramedik tidak dapat menyelamatkan kemaluan mangsa kerana luka tetakannya yang dialami mangsa terlalu parah.
Van dikejarkan ke Hospital Besar Wilayah Son La untuk mendapatkan rawatan segera. Malangnya pihak hospital juga tidak dapat menyelamatkan organ pembiakannya itu.
Dr Dinh Khac Truong berkata, "Pembedahan itu amat sukar bagi doktor kerana luka telah dipotong sepenuhnya dan kulit juga telah hilang menjadikannya sukar untuk dibentuk.
"Selain itu, kemaluan yang dipotong dengan pisau memerlukan doktor merawat luka, mencuci bahagian yang terputus dengan betul untuk mengelakkan jangkitan," katanya.
Tambahnya lagi, ada tiga sebab utama kemaluan lelaki dipotong. Sama ada mangsa memotong kemaluannya sendiri kerana kemurungan, atau dipotong oleh isteri/teman wanita akibat gangguan mental, cemburu atau konflik emosi, dan dipotong secara tidak sengaja seperti di tempat kerja atau kemalangan kereta.
Sumber: Daily Star
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment