'Lagu & MV ini sebagai saham akhirat saya dalam menyiapkan pusat tahfiz' - Vida



Umum tahu ahli perniagaan Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman baru menerbitkan single baharu berjudul Ku Ikhlaskan pada jam 3 pagi Isnin, 21 Mac 2021 di saluran YouTube DSV Entertaiment. 


Setakat ini muzik video berkenaan telah ditonton lebih 1.3 juta kali dan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.


Menurut Vida, muzik video yang diarah oleh Kel Wen itu menelan kos RM400,000 dan penggambaran dijalankan selama lima hari di sekitar Genting Highlands dan Kuala Lumpur. 


Jelas Vida lagi, lagu tersebut adalah satu usahanya mengumpul dana bagi membina pusat tahfiz miliknya iaitu Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh. 


Walaupun berkemampuan membiayai kos pembinaan pusat tahfiz itu, Vida mahu mengajak orang ramai dan peminatnya mengumpul saham akhirat. 


"Lagu dan MV ini sebagai saham akhirat saya dalam menyiapkan pusat tahfiz selain ingin menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. 


"Ditambah pula kita tidak lama lagi bakal menyambut Ramadan. Jadi saya kiar ini peluang untuk kita menambah dan mendapatkan pahala berganda sekali gus diberkati Allah SWT," katanya. 


Difahamkan lagu itu adalah ciptaan Vida bersama Amy Ukays di mana liriknya berdasarkan luahan kisah peribadi, emosi luka lara, keperitan, kehilangan, kecaman dan kontroversi yang dihadapinya selama ini. 


Vida berharap orang ramai dapat menghulurkan sumbangan agar hasratnya mendapatkan saham ilmu dan amal kebajikan bersama orang ramai dapat dicapai.


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.