Pengeluaran akhir RM10,000 KWSP, ramai ucap terima kasih kepada Najib
Foto The Wall Street Journal |
Ruang komen media sosial bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dibanjiri dengan komen-komen penghargaan dari netizen selepas Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mengumumkan pencarum boleh membuat permohonan mengeluarkan simpanan mereka bermula esok, 1 April.
Selain Najib, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki juga turut menerima banyak komen-komen penghargaan dari netizen.
"Alhamdulillah. Saya bersyukur. Ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Najib, Datuk Ashraf Wajdi dan semua yang membantu membenarkan pengeluaran simpanan KWSP RM10,000. Semoga orang ramai menggunakannya secara berhemah," kata Hasmuni Md Yasin.
"Alhamdulillah, terima kasih. Perjalanan yang penuh dengan ejekan dan penghinaan diterima DSNR. RM10,000 mungkin kecil untuk sesetengah orang, tetapi ia amat bermakna untuk mereka yang benar-benar memerlukannya," kata Lilu Noryati Roslie.
"Salam Datuk Seri, terima kasih kerana menyuarakan apa yang rakyat mahukan. Saya bersyukur, Alhamdulillah. Kini kami boleh buat pengeluarkan akhir KWSP. Semoga Allah SWT membalas jasa balik kalian," kata Muhammad Yahya.
"Walaupun permohonan saya untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tidak diluluskan kerana terma dan syarat yang ketat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Alhamdulillah saya masih ada KWSP untuk meneruskan kehidupan saya," kata Jamaludin Dins.
"Terima kasih banyak-banyak. Kami akan membalas jasa anda dan jasa UMNO semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Insya-Allah," kata Mohd Firdhaus Mat Daud.
"Alhamdulillah, saya boleh selesaikan hutang tertunggak. Beli beberapa peraboit yang musnah dalam bencana banjir baru-baru ini," kata Siafful Baharri.
"Terima kasih bossku kerana konsisten memperjuangkan tuntutan kami. Walaupun perit menggunakan wang simpanan sendiri tetapi apa lagi yang boleh kita lakukan? Ini adalah sumber terpantas untuk mereka yang memerlukan wang segera tambahan semasa pandemik," kata Johney Remy.
Najib dan Asyraf Wajdi antara ahli politik yang mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran akhir KWSP sehingga RM10,000.
Tuntutan itu dibuat selepas ramai orang merayu untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka kerana mereka berada dalam keadaan kewangan yang teruk akibat pandemik Covid-19.
Sumber: Malaysia Gazette
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment