'Adik tau tak abang ambil basikal dia untuk lajak?' - 4 remaja geng basikal lajak ditahan polis
Susulan viral di media sosial video sekumpulan remaja menunggang basikal lajak sehingga mengundang bahaya pada diri dan pengguna jalan raya lain, pihak polis telah menjalankan pemantauan di sekitar Ampang.
Hasilnya, empat remaja lelaki ditahan bersama dengan basikal lajak yang diubah suai tanpa kelengkapan brek di Taman Tasik Tambahan, petang semalam.
Mereka ditahan pada sekitar jam 3 dan 5 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Remaja yang ditahan itu masih bersekolah dan masing-masing berusia dari 11 hingga 15 tahun. Kesemua basikal mereka telah diubah suai dan tidak mempunyai sistem brek yang merupakan kesalahan mengikut Kaedah 42(1)(A) LN166/59.
Semua remaja itu dibawa ke BSPT Ampang Jaya dan basikal mereka disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.
Polis juga telah memanggil ibu bapa serta penjaga semua remaja terbabit untuk sesi kaunseling dan amaran keras.
Empat remaja itu dibebaskan selepas keterangan direkodkan dan polis akan merujuk kes tersebut ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment