Akibat kerap ketagih main mobile games, tahap penglihatan remaja ini terjejas teruk, 2,400 degree!


Tahap penglihatan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun terjejas kerana ketagihannya bermain 'mobile games' di telefon bimbitnya. 

Remaja terbabit yang menghidap congenital myopia sejak dilahirkan juga enggan memakai cermin mata yang dibuat khas dan akhirnya menyebabkan matanya rabun teruk, 2,400 darjah. 

Lapor Oriental Daily, remaja dari China itu dilahirkan dengan masalah rabun jauh. Ibu bapanya yang bekerja sebagai petani tidak mempunyai masa untuk menjaga dan memastikan dia memakai cermin mata. 

Akibatnya, keadaan mata dia semakin teruk saban tahun sehinggalah tahap penglihatan mata kanannya mencecah 2,400 darjah, manakala mata kiri pula 2,300 darjah berbanding mata manusia normal hanya 60 darjah. 

Meskipun huruf abjad besar dipamerkan 15 sentimeter di depan, remaja terbabit tidak dapat melihatnya dengan jelas. Lebih teruk lagi, dia tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu malam. 

Apabila ibu bapanya menyedari perkara itu, remaja itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Keputusan menunjukkan mata pesakit sudah terjejas teruk. 


Doktor memutuskan remaja itu perlu menjalani pembedahan bagi mengelakkan matanya terjejas lebih teruk dengan memasukkan lensa khas di belakang mata, sementara menunggu usianya dewasa kelak untuk menjalani pembedahan mata yang lebih baik. 

INFO: Miopia, atau rabun jauh, adalah apabila mata tidak dapat menumpu dengan baik yang menyebabkan objek jauh kelihatan kabur.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.