Instagram sekat kandungan promosi produk kurus, prosedur kosmetik kepada pengguna bawah 18 tahun


September lalu, Instagram mengumumkan satu dasar baru yang menghalang atau membuang kandungan yang mempromosikan produk kurus atau prosedur kosmetik kepada remaja bawah usia 18 tahun.

Pengguna Instagram di bawah usia itu akan disekat dari melihat sebarang kandungan yang berkaitan dengan dua perkara tersebut. 

Selain itu, kandungan yang membuat tuntutan yang tidak berasas berkenaan diet tertentu atau produk penurunan berat badan dan dikaitkan dengan kod diskaun atau tawaran lain juga tidak akan dibenarkan serta dibuang dari platform itu. 

Dasar baru itu dibuat kerana impak dari golongan influencer yang mempromosikan produk diet, suplemen dan pembedahan kosmestik yang diragui kesahihan dan keselamatannya. 

"Kami mahu Instagram menjadi tempat yang positif untuk semua orang yang menggunakannya dan dasar ini adalah sebahagian daripada kerja kami yang sedang dilaksanakan bagi mengurangkan tekanan yang datang dari media sosial," kata Instagram dalam satu kenyataan. 

Walaupun perubahan itu sedang dilaksanakan di Instagram, dasar baru itu juga akan dilaksanakan di Facebook tidak lama lagi. 

Sebagai influencer di media sosial, anda perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dalam mempromosikan sebarang kandungan. Netizen juga boleh membuat aduan pada Instagram sekiranya kandungan yang disiarkan oleh influencer itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna lain. 

Sumber: CNN Business


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.