Warga emas sumbat 47 tiub plastik dalam alat sulit & akhirnya tersumbat


Padah memasukkan 47 tiub plastik ke dalam saluran air kencing, lelaki berusia 69 tahun di China ini terpaksa menjalani pembedahan. 

Tiub plastik berukuran 6 sentimeter panjang itu ditolak masuk ke dalam alat sulitnya sehingga masuk ke saluran air kencing. 

Mangsa yang gagal mengeluarkan tiub tersebut, selain mengalami kesukaran untuk kencing dan kesakitan luar biasa, dia terpaksa pergi berjumpa dengan doktor. 

Setelah melakukan CT scan, doktor terkejut apabila mendapati terdapat bendasing di dalam pundi kencing warga emas itu. 


Oleh kerana mustahil untuk mengeluarkan tiub-tiub itu dari alat sulitnya, doktor terpaksa membedah pesakit untuk mengeluarkan bendasing itu pada 22 Oktober lalu. 

Selepas 47 tiub berjaya dikeluarkan, doktor menyedari terdapat kesan terbakar pada hujung tiub di mana pesakit membakar hujung tiub itu bagi memudahkan ia dimasukkan alat sulitnya. 


Difahamkan, lelaki itu baru sahaja bercerai dan mahu mencari 'keseronokan' yang mendorong dirinya melakukan perbuatan pelik itu. 

Doktor menasihatkan orang awam tidak menyumbat sebarang bendasing ke dalam alat sulit kerana ia boleh menyebabkan jangkitan, radang buah pinggang dan banyak lagi kemudaratan. 

Sumber: China Press


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.