'Sebak melihat raut wajah anak kecil ini' - Netizen simpati dengan nasib adik Arfan
Anggota polis dan isterinya yang hamil anak kembar dilaporkan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan, semalam.
Ketika kejadian, pasangan itu dalam perjalanan ke tempat kerja. Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, meninggal dunia di hospital, manakala isterinya, Nurul Ashikin Kamarudin, 28, yang hamil anak kembar maut di lokasi kejadian.
Pemergian pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki, Arfan Zikri, yang berusia dua tahun.
Gambar kanak-kanak itu memeluk jenazah ibu bapanya buat kali terakhir membuatkan netizen terasa sebak dan sedih.
"Ya Allah permudahkan kehidupan anak ini. Usia Arfan hampir dua tahun, belum mengerti apa-apa lagi. Kita merasa sebak dan sedih melihat raut wajah anak kecil ini.
"Ya Allah, jaga anak ini. Ada rezeki yang Allah dah titipkan dan tentukan buat adik Arfan. Datangkan kasih sayang dari ibu ayah saudara yang penyayang. Hadirkan hamba Allah yang prihatin menjaga, mendidik dan mengasuhnya.
"Jadikan adik Arfan sebagai asbab ibu dan ayahnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaMu yang soleh dan tempatkan mereka di syurga abadi," tulis pengendali Facebook Majlis Ilmu.
Jenazah Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30 dan Nurul Ashikin Kamaruddin, 27 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rekang Hilir, jam 2.20 pagi hari ini.
Ibu Nurul Ashikin, Fauziah Dollah, 63, berkata, dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, akan menjaga anak tunggal pasangan suami isteri itu.
Sumber: Majlis Ilmu
Ibu Nurul Ashikin, Fauziah Dollah, 63, berkata, dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, akan menjaga anak tunggal pasangan suami isteri itu.
Sumber: Majlis Ilmu
LAPORAN BERKAITAN
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment