'Suami aku curang dengan janda anak satu...' - Tindakan si isteri yang seterusnya buat netizen puas hati 100%
SALAM KRT. Saja nak luah ni. Suami aku curang dengan janda anak satu. Aku cuma tahu bila perempuan itu sendiri berani call dan WhatsApp aku untuk izinkan suami nikah lagi.
So aku tanya suami, dia cakap ye dia nak nikah. Aku cakap, bagi aku masa tiga hari untuk bersedia.
Tiga hari selepas itu, aku berjumpa dengan perempuan itu bersama-sama dengan suami. Duduk semeja di restoran mahal. Kalau tiga orang makan mau dekat RM200 kot aku rasa.
Suami aku ingat nak suai kenal agaknya. Sengih bukan main, amboi-amboi, gatal miang kau ye jantan, bukan main lagi.
Aku order air, order makan bagi depa perabih dulu, biar kenyang terbelahak busung perut geram aku aih. Habis makan, aku susun pingan letak ke tepi. Aku tanya perempuan tu.
"Sungguh ka ampa nak nikah dengan suami kami?"
Dia angguk-angguk senyum simpul naahaiii. Amboi suka hang nak ambil laki kami. Aku bawa keluar slip gaji suami aku, dok terang dah kat sana gaji berapa, potong itu ini tinggal RM800.
Aku bawa keluar pula geran kereta atas nama aku, surat rumah atas nama aku, motosikal pun atas nama aku aih. Suami aku tak ada harta apa pun.
Aku cakap, "Agak-agak ampa gaji RM800 ampa dapat apa? Takpayah nak kata boleh ja hidup sebab dah cinta, dah sayang, muhong aih.
"Tu pampers anak hang sapa nak beli? Nak suruh kami beli dak lah, memang kami bagi penerajang dua-dua. Bulan-bulan nak bagi ampa nafkah berapa gaji dia pun lepas ke tekak dia saja. Bagi kami takat RM100-RM200. Itupun minta semula.
"Tapi kot ampa redha dapat RM10 ja setiap bulan, ikutlah. La ni ampa duk dua nah, fikir baik-baik dulu nak kahwin lagi ka tak mau nih kami baru buka pasal zahir, batin kami tak bagitau lagi. Kot dua minit ka tahan. Sebulan sekali ja mampu, tu ampa tak tau lagi.
"Fikir elok-elok nah. Ni yang kami makan, ampa bayar. Nak balik ampa cari Grab pasal kat luaq tu kereta kami punya. Ampa biasakan dari sekarang naik Grab ka, jalan kaki ka, merangkak ka nah. Semoga berjaya."
Puas hati aku tengok suami aku dengan perempuan tu dari sengih merenyam jadi muka dua-dua macam ayam tercekik jagung seketoi.
Aku balik tidur, esok bangun-bangun suami aku cakap dah tak jadi nikah. Dia minta maaf, teriaklah dia minta ampun nyawa tobat sampai masuk syurgakata dia. Baru ada akai.
Perempuan itu pun duk WhatsApp cakap tak sanggup nak nikah. Dia tahu dia salah, minta maaf. Puihh la hang.
Aku cakap kat suami aku, kalau lepas ni tak sedar diri lagi, aku framekan slip gaji dia tampal kat ruang tamu, dapur, toilet. Silap-silap aku buat profile picture Facebook, WhatsApp semua baru padan muka hang.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment