'Kau ingat ni kedai ke? B*doh tu simpan sikit' - Penjual peti ais biadab
"Al-kisah hari ini. I've never met the most rudest, racist woman like her in Carousell. I have absolutely no idea what made her so triggered. So rude. I was so mad that I was shaking," tulis Bellasz Nasyaz di Twitternya 22 Oktober lalu.
Perkongsian itu mengundang pelbagai respon dari netizen yang rata-rata mengecam tindakan penjual peti ais itu yang ternyata biadab.
Berdasarkan gambar-gambar tangkap layar yang dikongsikan, Bellasz menghubungi wanita terbabit di aplikasi Carousell untuk bertanya mengenai peti sejuk terpakai yang dijualnya. Sebaik saja Bellasz mengatakan dia berhasrat untuk datang melihat keadaan peti sejuk tersebut, wanita itu terus melenting.
SP: "Kau ingat ni kedai ke? Nak datang tengok bagai?
Bellasz: "This is not my first time beli barang kat Carousell. Kalau nak beli barang especially perabot memang akan tengok dulu. Orang yang jual pun suruh datang tengok duu. Why you being so rude?"
SP: "Go waste someone else's time. FYI, this is not perabot. This is household appliance. B*doh tu simpan sikit."
Bellasz menegur kebiadaban wanita terbabit, namun dia masih enggan menerima teguran itu dan berterusan menyerang Bellasz dengan kata-kata biadab dan rasis.
"Don't be telling me what to do. Your male entitlement doesn't work with me. Keep for dumb Malay women. Anjing b*doh. Mati la kau," tulisnya.
Bellasz kemudian menjelaskan dia adalah perempuan, bukanlah lelaki seperti yang disangka. Malangnya, wanita itu tidak endah dan semakin galak melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Kesal dengan insiden itu, Bellasz telah membuat aduan dan pihak Carousell sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu.
Sementara itu, Pakar Forensik Netizen berjaya menemui akaun Instagram wanita terbabit di mana biodatanya menunjukkan dia merupakan PR Consultant, menggemari briyani dan 'Go waste someone else's time' merupakan tagline kegemarannya.
Sumber: Bellasz Nasyaz
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment