'Ini punca ramai graduan kejuruteraan lari dari bidang' - Rate gaji engineer di Malaysia RM2,500, luar negara RM414,460 sebulan


"Tengok news macam ni, terus morale down nak belajar. Bayar yuran pengajian mahal kot, gaji takat tu je?" itu reaksi pelajar kejuruteraan selepas membaca berita 'Gaji Jurutera Statik' yang dilaporkan Berita Harian semalam. 

Menurut laporan itu, kadar gaji jurutera tempatan tidak berubah sejak 20 tahun lalu walaupun negara telah mencapai tahap kemajuan dan pembangunan yang membanggakan. 

Ketika ini, graduan baharu kejuruteraan hanya menerima bayaran kurang RM2,500 sebulan, bukan gaji lumayan seperti yang dipercayai masyarakat.

Kadar gaji itu pula hanya ditawarkan di bandar-bandar besar di mana permintaan pasaran adalah tinggi, manakala gaji di kawasan bukan bandar besar adalah lebih rendah. 

Universiti tempatan menghasilkan kira-kira 10,000 graduan kejuruteraan setiap tahun, namun industri di Malaysia tidak melihat kemahiran sebagai satu nilai yang berharga untuk dibayar menjadi punca bidang kejuruteraan di negara masih tidak meningkat ke tahap yang sepatutnya. 

Ahli Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), Megat Johari Megat Mohd Noor berkata, "Mereka (industri) lebih berminat mendapatkan tenaga kerja luar seperti dari negara jiran yang akan menerima apa saja tawaran. 

"Industri juga berasakan graduan kejuruteraan tidak bersedia untuk membuat kerja tetapi tidak mahu melabur untuk memberi latihan dan pengalaman yang betul. 

"Keadaan ini menyebabkan taraf gaji jurutera di negara ini dalam keadaan tertekan kerana industri tidak berusaha untuk meningkatkan tahap kemahiran jurutera," katanya. 

Difahamkan, graduan kejuruteraan ditawarkan gaji permulaan RM2,500 sebulan dan hanya akan menikmati kenaikan setaras selepas lima tahun. 


"Industri hari ini terlalu memilih dalam medapatkan tenaga kerja baharu dan kebanyakan majikan memilih mengambil tenaga kerja luar sehinggakan jumlah graduan kejuruteraan tempatan sukar mendapatkan pekerjaan. 

"...ramai graduan kejuruteraan bertindak 'lari bidang' dengan memilih pekerjaan lain atau bersaing untuk mendapatkan tempat dalam perkhidmatan kerajaan yang menjanjikan imbuhan gaji lebih tinggi," katanya. 

Lebih 90 peratus syarikat yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan di negara ini tidak mempercayai kemampuan bakat tempatan, sekali gus menyebabkan ramai jurutera dan graduan kejuruteraan tidak menerima pengiktirafan dan gaji setaraf. 

Industri pada ketika ini lebih menggemari kepakaran dan teknologi dari luar. LJM juga mendapati, lebih 5,000 syarikat kejuruteraan tidak mahu terbabit dalam program pembangunan jurutera, termasuk bidang penyelidikan. 

"Bakat kejuruteraan kita bertaraf dunia kerana sistem pendidikan kita adalah yang terbaik ditawarkan kepada pelajar malah jika di luar negara, pelbagai pengiktirafan kita terima. 

"Jika jurutera kita ke luar negara, mereka juga diterima baik. Tetapi di Malaysia hari ini, bidang kejuruteraan tidak mengalami perubahan dalam sistem kerja dan ini boleh dilihat dengan pembayaran gaji kepada jurutera kita yang tidak tinggi," katanya. 

REAKSI NETIZEN




Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.