'Mana I tidur, is none of your business' - Wanita kesal dia diperdaya Doktor Playboy


Assalamulaikum admin. Tolong hide profile saya. 

Saya ingin memaparkan kisah teladan supaya perempuan-perempuan lain tidak mudah terperdaya dengan seorang lelaki berpangkat doktor gigi, duda dan mempunyai klinik sendiri di Seri Kembangan. 

Saya telah terperdaya dengan doktor duda beranak satu. Orangnya sangat baik, percakapan yang lemah lembut, sopan dan nampak alim, pelajar sekolah agama. Saya percaya dan mula jatuh hati pada dia. 

Perkenalan kami bermula dari Tinder. Saya sering masak dan pada satu hari walaupun saya telah pack segala makanan dengan pinggan, air cuci tangan, sebab plan nak makan di sekitar Putrajaya, macam berkelah gitu. Tiba-tiba Doktor 'S' kata dia nak balik mandi dan makan di rumah, lebih selesa. 

Saya ikut sahaja sebab fikir mungkin dia penat dan baru balik kerja dan masih lagi memakai scrub. Namun dia kata dia tak larat nak menghantar saya pulang ke rumah di Cyberjaya. 

Kami tidak dapat mengawal nafsu dan terjadilah perkara yang kami sangat takuti. Benda dah terjadi dan tak boleh diundur lagi. 

Dia minta saya beri masa untuk dia bersedia sebelum memulakan perkahwinan yang baru kerana dia masih trauma dengan perkahwinan yang gagal sebelum ini. Selepas itu, hubungan kami semakin rapat dan rasa bahagia sangat. Saya sering luangkan masa bersama anaknya bila tiba giliran Doktor 'S' menjaganya. 

Sehinggalah pada satu hari secara tidak sengaja saya tiba-tiba terbuka Tinder dan nampak distance dia sangat jauh. 60 km away dan sehingga keesokan paginya saya WhatsApp dia. Doktor 'S' kata dia ada di rumahnya di Seri Kembangan. Dia boleh menipu tetapi GPS tidak. Dia kata, "Mana I tidur is none of your business".

Dia mula mengambil langkah untuk block saya di WhatsApp, Instagram dan Tinder. Saya mula rasa curiga dan saya mengambil keputusan untuk buat satu Instagram meletakkan pergaduhan kami, screenshot conversation kami dan ada akaun Instagram yang sering menghantar mesej kepada saya. Rupa-rupanya perempuan itu juga sama seperti saya di mana dia sering dibawa ke rumah doktor itu. 

Saya sungguh terkejut apabila mengetahui semua ini. Saya mula siasat dan lebih mengecewakan, rupanya dia adalah seorang suami yang memukul isteri. Maksudnya, segala apa yang dia beritahu saya selama ini adalah tidak benar di mana dia kata bekas isteri dia yang buat hal. Rupa-rupanya dia yang kaki perempuan. 

Saya cuba menghubungi dia dan bertanya mengenai perkara itu tetapi dia menafikan segalanya. Habis, bukti di dalam poket saya macam mana? Saya mendesak dia untuk berubah dan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku pada kami. Tetapi dia tiba-tiba kata dia sudah ada teman wanita lain yang saya tidak kenal pun siapa. 

Saya berharap suatu masa nanti dia akan mendapat pembalasan yang setimpal. Untuk kawan-kawan perempuan yang lain saya nasihatkan tolong jangan tengok penampilan, pangkat dan sekali dengan agama. Nafsu ada di mana-mana. Berhati-hatilah dengan doktor seperti ini.

Pasti akan ada yang kata saya pandang dia kerana harta benda, tetapi tidak. Apa yang saya dan keluarga miliki jauh lebih banyak daripada apa yang doktor itu ada. Dan saya juga dalam bidang professional. Namun, saya sangat tidak menyangka ianya menjadi sebegini. 

Sumber: Confessor di Inbox The Reporter


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.