Wanita hamil maut dilanggar adiknya yang sedang undurkan kereta


Wanita hamil maut dilanggar adiknya yang sedang mengundurkan kereta di kawasan parkir dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang, 19 Oktober lalu di China. 

Lapor Oriental Daily, mangsa disuruh keluar dari kereta untuk membantu adiknya yang tidak mahir memarkirkan kenderaan secara mengundur. 

Mangsa pergi ke bahagian belakang kereta dan memberi arahan. Malangnya mangsa dilanggar oleh adiknya yang tersilap tekan pedal minyak yang disangka pedal brek. 

Mangsa terjatuh dan menjerit kesakitan menyebabkan beberapa orang awam yang terdengar jeritan itu segera datang membantu. 

Mangsa terbaring di jalan raya dalam keadaan separa sedar dan kehilangan banyak darah, sementara adiknya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menangis dan meminta tolong. 

Pada awalnya, orang awam menyangka mangsa kesakitan disebabkan air ketubannya pecah, tanda-tanda mahu bersalin. Namun bimbang perkara yang tidak baik berlaku, mereka segera menghubungi ambulans. 

Apabila pasukan paramedik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di hospital. Malah kandungannya juga tidak dapat diselamatkan. 

Sementara itu polis berkata, punca kejadian masih dalam siasatan, meskipun ada yang mendakwa adik mangsa leka menggunakan telefon tanpa menyedari keretanya masih berundur ke bahagian belakang. 




Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.